Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 20 March 2019 16:11

LATIHAN YANG TERSUSUN AMAT PENTING JIKA INGIN BERJAYA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 20 MAC 2019 - Bersukan merupakan antara aktiviti riadah yang digemari ramai dalam kalangan rakyat negara ini, malah jika dilakukan dengan lebih serius boleh dijadikan sebagai kerjaya.

Ahli-ahli sukan yang popular kini asalnya bermula sebagai hobi dan kerana minat yang mendalam di samping bakat yang ada, mereka mula terjun secara serius dalam bidang tersebut. Bagaimanapun, minat dan bakat sahaja tidak mencukupi jika kita benar-benar mahu berjaya dalam bidang sukan di negara ini.

Sehubungan dengan itu, IKBN Seri Iskandar telah memilih pelajar dalam acara yang telah ditetapkan dalam menghadapi Kejohanan Sukan ILKBS Semalaysia pada bulan April nanti di IKTBN Sepang, Selangor dan mengadakan latihan berterusan bagi memantapkan lagi dari segi teknikal dan stamina bagi mencapai taget yang diimpikan.

Penglibatan diri dalam pelbagai kelab sukan yang tumbuh bagaikan cendawan harus dimanfaatkan sepenuhnya. Ini kerana melalui kelab-kelab tersebut usaha untuk melahirkan atlet sukan yang terlatih dan profesional adalah lebih cerah, cekap dan tersusun. Apatah lagi, kelab-kelab sukan memiliki kelebihan dari segi kecekapan pengurusan, sistem latihan yang lebih tersusun dan teratur berbanding jika bergerak sendirian.

Untuk menjadi seorang atlet yang berjaya, persediaan alatan untuk latihan amat penting selain penyertaan dalam setiap kejohanan bagi meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

Selain itu, persediaan dalam aspek mental menerusi motivasi diri juga amat perlu dan pastinya mereka ini (atlet) akan didik seawal usia oleh ibu bapa mereka.

Sebagai ibu bapa, sokongan dan perhatian terhadap minat anak-anak dalam bidang sukan juga merupakan satu langkah yang amat baik bagi mendorong mereka menjadi seorang ahli sukan yang berjaya suatu hari nanti.

Read 1752 times
 
Find us on Facebook
Follow Us