Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 21 March 2019 15:55

LAWATAN PENANDAARAS PELAKSANAAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI & ADTEC SHAH ALAM KE IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 19 MAC 2019 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menerima lawatan penanda aras amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari dua agensi kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, dan ADTEC Shah Alam. Seramai 30 orang yang hadir untuk lawatan penanda aras amalan EKSA. 

Tujuan lawatan penanda aras amalan EKSA ini adalah untuk berkongsi idea dan pengalaman dari IKTBN Sepang dalam proses mendapatkan persijilan EKSA. Lawatan ini juga dapat menaikkan motivasi pegawai dan kakitangan dalam mengamalkan amalan EKSA di agensi masing-masing.


Antara tempat-tempat yang dilawati adalah seperti bilik stor alat tulis, perpustakaan, bilik fail, bengkel latihan, jabatan, pejabat pegawai, bilik mesyuarat, pentadbiran dan lain-lain.

 

Laporan oleh:
Ubendran a/l Velaisham
Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA

Read 2145 times Last modified on Khamis, 21 March 2019 15:59
 
Find us on Facebook
Follow Us