Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 25 March 2019 16:24

IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

PKERJAYA19

Bachok, 25 Mac 2019 - IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai 2 Karnival Kerjaya pada 14 Mac 2019 yang dianjurkan oleh pihak Sekolah bagi memberi penerangan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dan juga bakal – bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

 

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 06 orang pegawai ke 2 buah sekolah yang terlibat (SMK Badang, Kota Bharu, Kelantan dan SMK Rantau Panjang,Kelantan).Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat kepada pengunjung yang hadir.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara-cara untuk memohon bagi Ambilan Julai 2019. Pihak IKTBN Bachok berharap taklimat dan penerangan yang diberikan akan membantu pelajar lepasan SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran sama ada di bidang kemahiran atau akademik.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 2325 times
 
Find us on Facebook
Follow Us