IKBN KINARUT MENDAPAT SAMBUTAN DI FESTIVAL BEAUFORT 2019
BEAUFORT ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Festival Beaufort 2019 yang diadakan di Dataran Bagandang, Beaufort.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah merasmikan Festival Beaufort 2019 di Dataran Bagandang Beaufort pada kali ini.
Festival yang berlangsung selama tiga hari tersebut merupakan acara tahunan daerah Beaufort diisi dengan pelbagai acara menarik termasuk Festival Bundle, pertandingan kebudayaan, pameran oleh jabatan serta agensi kerajaan serta seminar kerjaya dan pendidikan.
Menerusi pameran ini, peluang dalam memberi pendedahan dan membantu dalam memberi informasi kepada para pengunjung terutama berkenaan dengan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada belia-belia daerah Beaufort khususnya.