Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 April 2019 14:47

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 2 APRIL 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

Hari Bertemu Pelanggan merupakan usaha IKBNSI yang mahu mempermudahkan urusan orang ramai mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Selain itu, IKBNSI prihatin dalam memahami permasalahan pelajar dan mengambil langkah proaktif bagi memudahkan pelajar yang mempunyai urusan dan masalah yang berhubung kait dengan peraturan institut, jabatan dan pembelajaran.

Selain daripada itu, turut serta dalam program ini ialah En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwa Pelajar dan pengajar. Program ini berlangsung di pada 2 April 2019 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Lobi Pentadbiran

Sehubungan itu, para pelajar dialu-alukan untuk hadir dan berurusan dengan mana-mana kaunter yang dibuka.

Read 1500 times
 
Find us on Facebook
Follow Us