Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 April 2019 14:51

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN APRIL 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 2 APRIL 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan April 2019 pada 2 April 2019 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipantau oleh Cawangan Pengurusan Pelajar.

Turut hadir di majlis ini En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Khairul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan kakitangan serta pelajar memenuhi ruang dewan.

Dalam ucapan beliau meminta para pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam mematuhi peraturan institut terutama pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dalam ke arah penjimatan. Selain itu, beliau juga mengharapkan pelajar sentiasa mengambil peluang dan memanfaatkan dari masa ke semasa dalam sesi pembelajaran berlangsung. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang banyak akan dapat meningkat kemahiran yang diceburi.

Bagi penganugerahan pekerja terbaik bulanan telah diperolehi oleh Pn. Adiniah Bt Muhamad Radzai, Penolong Pegawai Latihan Vokasioanl –DV36 dan Pn. Adis Zaitun Bt Abu Kassim, Pembantu Tadbir Operasi – N22 kerana telah memberi prestasi yang cemerlang.

Read 1560 times
 
Find us on Facebook
Follow Us