Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 02 April 2019 14:53

HARI KESEDARAN AUTISME 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 2 April 2019 - Berlangsungnya Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 2 April 2019 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Tuan Pengarah, En. Mohd Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A Raman Bin Musbah.

Semua pelajar dan kakitangan IKBN terlibat dalam program “We Support Autism Day @ IKBN Seri Iskandar” berpakaian serba biru pada hari tersebut.

            Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau World Autism Awereness Day di sambut setiap 2 April setiap tahun bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autisme. Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, “Light It Up Blue”, dimana sambutan di luar negara, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi-lokasi besar yang menjadi “landmark” sesuatu tempat akan memberi sokongan dengan cara menyalakan lampu biru.

            Sambutan Hari Kesedaran Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar autisme.

            Autisme merupakan gangguan perkembangan otak seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

            Oleh itu, marilah sama-sama memupuk kesedaran dalam diri agar setiap individu prihatin terhadap anak-anak autisme

Read 1988 times
 
Find us on Facebook
Follow Us