Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 04 April 2019 14:55

PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

MANJUNG,  4 APRIL 2019 – Urusetia Sukan IKBN Seri Iskandar, Pn.Norhafizah Bt Isa menggesa setiap pasukan agar menjadikan aksi persahabatan menentang pasukan Majlis Perbandaran Manjung sebagai medan terbaik untuk memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS). Perlawanan persahabatan ini telah berlangsung pada 4 April 2019 jam 3.30 petang di Majlis Perbandaran Manjung.

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dan perlawanan ini penting untuk pemain mencipta kombinasi antara satu sama lain dan kami perlu biasakan diri untuk bermain dalam cuaca panas dan kelembapan yang tinggi.

“Perlawanan ini juga realistik untuk kami melihat di mana tahap permainan kami dan kami berharap dapat melakukan persiapan dengan baik sebelum menghadapi kejohanan tersebut. Di antara pasukan yang terlibat dalam perlawanan persahabatan ini adalah Acara Ping Pong Pasukan, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Badminton.

Pasukan ini dibentuk pada awal januari tahun ini agar lebih banyak mereka bermain bersama lagi bagus kerana mereka perlu belajar bagaimana mencipta peluang dan menterjemahkannya selain mengawal permainan dengan baik.

Read 1584 times
 
Find us on Facebook
Follow Us