Print this page
Jumaat, 05 April 2019 14:57

KURSUS DANDANAN RAMBUT LELAKI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 5 APRIL 2019 – Baru-baru ini, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Dandanan Rambut Lelaki di bawah anjuran Myfuture Youth Plus atau STRA@U pada 1-5 April 2019 jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Makmal.

Myfuture Youth Plus merupakan salah satu inisiatif dibawah STAR@U yang memberikan latihan kemahiran kepada para belia melalui pendekatan yang fleksibel. Kursus-kursus yang ditawarkan pula merupakan kursus yang tidak memerlukan bengkel serta peralatan yang berat, besar dan mahal.

Selain itu, ianya juga dilaksanakan dengan mensasarkan penglibatan penyertaan golongan belia-belia yang diistilahkan sebagai belia berisiko dan minoriti dari seluruh Malaysia.

Seramai 13 orang peserta telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus ini dengan tenaga pengajar jemputan dari luar. Kursus ini telah berlangsung selam 5 hari dengan merangkumi latihan secara amali dan praktikal. Di akhit kursus, majlis penutup telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 5 April 2019 jam 3.30 petang di Bilik Mesyuarat. Majlis telah dirasmikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama pegawai-pegawai kanan dan para peserta memenuhi bilik mesyuarat tersebut.

Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua peserta telah diadakan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar serta sesi bergambar di Lobi Pentadbiran.

Read 2134 times
Find us on Facebook
Follow Us