Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN WAKAF TAPAI JUARA KARNIVAL SUKAN MUHIBBAH ILKBS ZON TIMUR KALI-4 2019

Written by

WAKAF TAPAI, 14 APRIL 2019 – IKBN Wakaf Tapai melakar kenangan manis sempena Karnival Sukan Muhibbah ILKBS Zon Timur Kali-4 2019 apabila menjadi Juara Keseluruhan pada karnival sukan tersebut yang berlangsung dari 12 april 2019 hingga 14 april 2019.

Seramai 32 orang kakitangan telah terlibat dalam 6 acara sukan yang dipertandingkan kali ini. Antara kejayaan yang diraih ialah bagi acara Badminton (Johan), Bola Tampar (Johan), Bowling Wanita (Johan), Larian Fun Run 5KM Lelaki (Johan) serta Bola Jaring (Naib Johan). Dengan mata terkumpul daripada acara-acara yang dipertandingkan, Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga (KSKK) IKBN Wakaf Tapai telah dinobatkan sebagai Juara pada karnival tersebut. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur karnival sukan pada kali ini iaitu IKBN Kemasik.

 

6

 

Sumber :

KSKK IKBN Wakaf Tapai

 

 
Find us on Facebook
Follow Us