Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

LAWATAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KELAB BAHASA INGGERIS KE NACC

Written by

WAKAF TAPAI, 14 APRIL 2019 – Kelab Teknologi Maklumat dan Kelab Bahasa Inggeris IKBN Wakaf Tapai telah mengadakan lawatan ke NACC.

Lawatan sambil belajar ke Noor Arfa Craft Complex (NACC) ini melibatkan seramai 30 orang pelajar dan 2 orang pengiring dari Jabatan Pengajian Umum. Para pelajar berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman serta turut didedahkan dengan proses pembuatan batik dan songket dengan lebih dekat lagi. Selain itu, pelajar turut berpeluang meluangkan masa dengan haiwan-haiwan jinak di 'Funland' yang bertempat di NACC.

 

Sumber :

Mariam Salmi Binti Ahmad