Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA

Written by

WAKAF TAPAI, 23 APRIL 2019 – Sebuah majlis persaraan buat seorang tenaga pengajar di IKBN Wakaf Tapai telah diadakan dengan meriah.

Majlis Lambaian Kasih, Sesaat Bersama Seabad Terasa telah diadakan bagi meraikan Tuan Haji Abd Rashid Bin Mat Jusoh, salah seorang tenaga pengajar di Jabatan Teknologi Awam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Terengganu. Beliau yang telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar bagi Jurusan Pemasangan Paip dan juga Penyelenggaraan Bangunan adalah salah seorang pengajar yang sangat berdedikasi.Terima kasih di atas jasa-jasamu dan selamat bersara.

 

Patah tumbuh hilang berganti,

Jasa ditabur sentiasa dihargai,

Selamat maju jaya daripada kami,

Panjang umur kita bersua lagi.

 

 

photo 2019 04 25 08 42 29

 

Sumber :

Noriya Binti Mat Noor