Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PERTANDINGAN PRA KELAYAKAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB)

Written by

WAKAF TAPAI, 25 APRIL 2019 – Pertandingan Pra Kelayakan WSMB telah diadakan di IKBN Wakaf Tapai.

IKBN Wakaf Tapai (IKBNWT) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi 2 bidang kemahiran iaitu Welding dan Plumbing & Heating bagi Pertandingan Pra Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 bermula 23 sehingga 25 April 2019. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih peserta yang terbaik dalam kalangan pelajar-pelajar IKTBN/IKBN bagi mewakili ILKBS ke peringkat akhir nanti. Seramai 8 orang peserta dalam bidang Welding dari IKTBN Pagoh, IKBN Jitra, IKBN Pekan dan IKBNWT telah bertanding di Bengkel Kimpalan. Bagi bidang Plumbing & Heating pula, seramai 3 orang peserta dari IKBNWT telah bertanding di Bengkel Pemasangan Paip. Mereka semua akan merebut tempat yang terbaik untuk menempah tiket ke peringkat akhir WSMB 2019. Pengarah IKBNWT, Encik Mohd Fauzi Bin Haji Ariffin bersama-sama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Nik Noorhafizan Binti Nik Osthman dan Pegawai Pemantau dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Encik Nor Affandi Bin Nor Hashim telah melakukan lawatan pada sesi sebelah pagi ke tapak pertandingan dan diberi penerangan oleh pakar bidang Welding, Encik Mohd Zaini Bin Mat Zin dari Institut Kemahiran mara (IKM) dan pakar bidang Plumbing & Heating, Encik Mahaindran A/L Kristnan dari Kementerian Kerja Raya (KKR).

 

 

photo 2019 04 25 08 53 46

 

Sumber :

Arfizzan Bin Zulkifli