Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 25 April 2019 14:19

PERLIS E-SPORTS TOURNAMENT 2019 PERLIS

Written by
Rate this item
(0 votes)

sukanesport

Dewan Seri Semarak, UiTM Arau Perlis, 20 - 21 April 2019 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Perlis, dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Perlis telah menganjurkan Perlis E-Sports Tournament 2019 Perlis. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan belia dan tidak ketinggalan IKBN Kuala Perlis turut menghantar 5 orang penyertaan bagi memberi sokongan dan persaingan sihat. Salah seorang peserta Muhammad Nazrul Amin Bin Abu Hassan dari Jurusan Penyelenggaraan Kereta Semester 3 telah memenangi tempat ketiga bagi kategori permainan bola sepak (FIFA). Beliau yang menjadikan hobi bermain e-sport games ini sebagai hobi sampingan yang menjadi trend belia masa kini. “Walau bagaimanapun menurutnya beliau tidak akan sesekali menjadikan tumpuan terhadap pembelajaran di institut terjejas disebabkan hobinya ini, maka kebijaksanaan dan keseimbangan membahagi masa bermain dan belajar adalah sangat penting untuk beliau berjaya dalam bidang yang diceburinya” ujarnya. Majlis Penyampaian Hadiah Disempurnakan Oleh Ir. Dr. Ismail Bin Maarof, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar, UiTM Cawangan Perlis.

Read 938 times
 
Find us on Facebook
Follow Us