Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 25 April 2019 14:20

TAKLIMAT SUKARELAWAN PERLIS MARATHON 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

perlismaraton

JBS Negeri Perlis, 23April 2019 (Selasa)- Saban tahun IKBN Kuala Perlis tidak terlepas untuk menyertai dan bertugas sebagai Sukarelawan Perlis Marathon. Seramai 50 orang Sukarelawan yang terdiri daripada peserta Anugerah Remaja Perdana (Peringkat Gangsa) telah menghadiri sesi taklimat yang diselaraskan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis selaku agensi yang bertindak sebagai Jawatankuasa Kecil Penyediaan Hadiah, Cenderamata dan Sukarelawan. Perlis Marathon yang telah menjadi ikon bagi negeri Perlis dan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Pada tahun ini akan diadakan di Kompleks Sukan Tunku Syed Putra, Kangar yang melibatkan kategori 42 KM, 21 KM, 10 KM dan 5 KM. “Dalam pada itu menurut Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Apui Jan yang sempat bertemu dengan kesemua sukarelawan, beliau menggalakkan penyertaan seumpama ini sebagai satu galakan dan meningkatkan nilai kesukarelaan kepada pelajar dan dalam masa yang sama menyeru semua pelajar IKBN yang berkelapangan untuk menyertai Perlis Marathon yang akan berlangsung pada 27 April 2019 ini” ujarnya.

Read 625 times
 
Find us on Facebook
Follow Us