Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 16 June 2016 16:49

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTA SESI 1/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 JUN 2016 - Minggu Peperiksaan Akhir Semesta 1 Sesi 1/2016 yang bermula 13-24 Jun 2016 yang sedang berjalan merupakan sebuah garis penentu kepada masa depan para pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI). Dengan itu, para pelajar masing-masing mengatur strategi dengan mengulangkaji pelajaran, mencari kertas-kertas soalann semesta lalu dan mengadakan perbincangan secara berkumpulan.

Peperiksaan akhir ini merangkumi dua (2) sesi iaitu Subjek Teknikal bermula pada 13-17 Jun 2016 seramai 357 calon terlibat manakala Subjek Umum Teknikal, Non Teknikal dan Bina Insan bermula pada 20-24 Jun 2016 seramai calon 374 terlibat. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai matlamat hidup, seorang pelajar haruslah bijak mengatur masa dan rajin hadir ke kuliah bagi memastikan mereka tidak ketinggalan walaupun sebarang kuliah.

Kehadiran juga perlu dititikberatkan kerana pelajar memang inginkan kejayaan sentiasa memastikan kehadirannya seratus peratus. Hal yang demikian juga kerana para pensyarah menjadikan kehadiran para pelajar sebagai salah satu terma untuk mengira markah mereka di samping peperiksaan akhir, tugasan individu dan berkumpulan.

Jesterunya, dengan kejayaannya yang bakal disandang oleh seseorang pelajar kelak setelah bergelar graduan, hal ini bukan sahaja menggembirakan mereka kerana mudah mendapat peluang pekerjaan malah juga akan menyenangkan hati ibu bapa yang selama ini banyak bertungkus lumus menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sentiasa mendoakan kejayaan mereka.  

Read 6841 times Last modified on Khamis, 16 June 2016 17:19
 
Find us on Facebook
Follow Us