Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 26 April 2019 10:57

PERHIMPUNAN BULAN APRIL IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 26 APRIL 2019 – Program Perhimpunan Bulanan IKTBN Sepang anjuran Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan telah berlangsung di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang.

 

Perhimpunan pada kali ini dimulai dengan bacaan yasin dan diikuti dengan tayangan video aktivti sepanjang April, sambutan harijadi pengajar & kakitangan serta penyampaian hadiah pekerja terbaik bulan Mac, hadiah pemenang Pertandingan Kuiz Jejak Maklumat Perpustakaan IKTBN Sepang sempena Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat IKTBN Sepang dan surat penghargaan kepada peserta invasi SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo 2019 (Si2te 2019) anjuran SIRIM (AMREC), di Kulim, Kedah yang telah memenangi pingat Bronze bagi projek ADM-H AQUA System dan Auto Parking Retrieval dan silver bagi projek inovasi Basic Electrical Training Kit.

Kemuncak perhimpunan pada kali ini adalah sesi memperkenalkan barisan Kotijen IKTBN Sepang serta penyerahan bendera kotijen IKTBN Sepang sempena Kejohanan Sukan ILKBS 2019 yang akan berlangsung pada 28-30 April nanti.

Read 539 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 11:00
 
Find us on Facebook
Follow Us