Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 07 May 2019 15:04

Program Citra Ibadah - Cintai Solat dan Persona Muslim

Written by @ya
Rate this item
(0 votes)

citra

Cawangan Pengurusan Pelajar, 5 Mei 2019 - Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar telah melaksanakan Program Citra Ibadah - Cintai Solat dan Persona Muslim pada 3 hingga 5 Mei 2019. Penyertaan pelajar adalah seramai 120 yang terdiri daripada pelbagai jurusan di kalangan pelajar semester 1, 2 dan 3. Pengisian dan kaedah program Citra Ibadah ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah, LDK, praktikal solat & sesi soal jawab di antara penceramah, fasilitator bersama-sama para pelajar. Objektif program ini dilaksanakan adalah membina generasi muda muslim yang mempunyai personaliti mengikut tuntutan agama dan memberi kesedaran dan pengetahuan tentang sebahagian daripada ibadah yang dituntut kepada seseorang muslim untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn.Noor'azah binti Ali @ Ahmad selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak.

Disediakan oleh : Salimah binti Abdul Latif

Read 752 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 15:07
 
Find us on Facebook
Follow Us