Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 07 May 2019 15:49

SMART ACCESS KEYBOX, ALTERNATIVE RESCUE SYSTEM MENANG GOLD MEDAL AWARD PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON TIMUR

Written by
Rate this item
(0 votes)

BACHOK, 3 - 4 Mei 2019. Sempena Program Career Fest ILKBS Zon Timur 2019 bertempat di IKTBN Bachok, Kelantan telah diadakan Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta yang melibatkan penyertaan dari ILKBS Zon Timur selain Institut dan Agensi TVET jemputan. Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah mengambil peluang dan ruang bagi mengetengahkan produk inovasi pelajar dengan menyertai pertandingan ini melalui 2 produk (Smart Access Keybox dan Alternative Rescue System) dalam Kategori Teknikal. Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah memenangi GOLD MEDAL AWARD bagi kedua-dua produk yang telah dipertandingkan.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada pelajar sebagai peserta yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk komitmen dan kesungguhan selama persediaan sehingga berlangsung pertandingan tersebut. Bagi pihak Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh ingin merakamkan TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN kepada pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai yang telah bersama menyokong dan memberikan komitmen sepanjang pasukan inovasi membuat persediaan bagi ke arah pertandingan. Semoga kejayaan ini dapat memberikan impak, dorongan dan membudayakan inovasi kepada semua pelajar dan warga IKTBN Temerloh.

 

 

 

Read 233 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 15:56
 
Find us on Facebook
Follow Us