Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 02 May 2019 16:28

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) SE-MALAYSIA KALI KE-33 TAHUN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 2 MEI 2019: Para atlet IKBN Seri Iskandar berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan membawa pulang pingat pada Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) Se-Malaysia kali Ke-33 Tahun 2019 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor pada 28-30 April 2019.

Buruan pingat pada hari kemuncak penutupan Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke-33 2019 hari ini, menayaksikan atlet Pasukan Bola Jaring berjaya merangkul pingat emas setelah memenangi acara tersebut dengan mengalahkan pasukan dari IKTBN Alor Gajah.


Meskipun menetapkan sasaran pingat pada semua acara dipertandingkan kali ini, namun atlet IKBN Seri Iskandar bangkit bersama dengan semangat juang yang tinggi untuk membawa pulang pingat sekurng-kurangnya 1 pingat dalam semua acara yang dipertandingkan.

Bagi acara bowling kalangan pegawai, IKBN Seri Iskandar berjaya di tempat keempat yang dimenangi oleh Pn. Norhafizah Bt Isa yang membawa pulang trofi dan hamper. Diharapakan pada tahun 2020 IKBN Seri Iskandar akan lebih cemerlang dengan taget sasaran semua pingat dalam acara yang dipertandingkan.

Read 1245 times
 
Find us on Facebook
Follow Us