Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 07 May 2019 16:37

PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEMPANA BULAN RAMADHAN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 6 MEI 2019 - Sempena bulan Ramadhan ini, IKBN Seri Iskandar turut mengambil inisiatif mengadakan program tadarus al-Quran di kalangan kakitangan dan Pelajarnya.

Tujuan tadarus diadakan setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan ini adalah sebagai salah satu langkah mengeratkan hubungan di antara warga IKBN Seri Iskandar tanpa mengira pangkat dan usia. Selain itu program sebegini dapat mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan yang penuh barakah itu.

Program ini telah diselaraskan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar di mana ianya bermula pada 6 Mei 2019 hingga 30 Mei 2019 setiap hari pada jam 12.45 tengahari hingga 01.30 tengahari seterusnya solat zuhur berjemaah.

Program tadarus al-Quran ini juga dapat menimbulkan kesedaran agar tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan memantapkan kemahiran membaca al-Quran dalam setiap jiwa warga kerja pejabat ini.

Khatam al-Quran juga bakal diadakan nanti bagi merealisasikan program tadarus serta khatam al-Quran ini.

Read 1014 times
 
Find us on Facebook
Follow Us