Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 09 May 2019 16:38

TAKLIMAT KERJAYA SYARIKAT COMSALE MALAYSIA SDN.BHD KEPADA PELAJAR IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 9 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menganjurkan Ceramah Kerjaya pada 9 Mei 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh wakil Syarikat Comsale Malaysia Sdn.Bhd iaitu En. Yugash Chandramohan, Bahagian Sumber Manusia.

Objektif utama pihak Syarikat memberi taklimat adalah untuk memberi pendedahan latar belakang syarikat dan mencari pekerja baru untuk bekerja di dalam syarikat. Program yang berlangsung selama 4 jam tersebut merangkumi sesi temuduga.

Diharapkan dengan adanya taklimat ini, para pelajar dapat mengambil kesempatan dan peluang pekerjaan bersama syarikat tersebut apabila tamat belajar di institut ini.

Read 1632 times
 
Find us on Facebook
Follow Us