Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 13 May 2019 16:40

KURSUS KAD HIJAU CIDB IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan satu kursus CIDB Green Card buat kali ke-1 bersama penceramah dari wakil CIDB Perak. Dalam ceramah beliau, beliau telah menerangkan tentang akta-akta keselamatan didalam sektor pekerjaan khususnya melibatkan keselamatan didalam bengkel dan melindungi pekerja jika berlaku sebarang kecelakaan didalam pekerjaan.

Secara automatik melindungi pemegang kad dengan skim insurans khas yang menginsuranskan personel binaan terhadap kematian dan kemalangan. Ia adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi personel binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. 

Program ini telah disertai seramai 80 orang pelajar untuk 2 sesi iaitu 40 orang bagi sesi pertama ( 12 Mei 2019 ) dan 40 orang bagi sesi kedua ( 13 Mei 2019 ).

Program ini telah dianjurkan oleh IKBN Seri Iskandar untuk menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat, memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Pembinaan serta memaklumkan pekerja binaan mengenai keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan. 

Read 1672 times
 
Find us on Facebook
Follow Us