Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 13 May 2019 16:46

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN IFTAR RAMADHAN DI MAJID AS-SIDDIQ, SIDEC SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 13 MEI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk Dan Iftar Ramadhan sempena Bulan Ramadhan 2019 pada 11 Mei 2019 jam 9.30 pagi bertempat di Masjid As-Siddiq, SIDEC Seri Iskandar. Program ini adalah anjuran bersama di atas sumbangan dari pihak KESKEB Kakitangan IKBN Seri Iskandar, Koperasi, Majlis Perwakilan Pelajar dan Warga IKBN Seri Iskandar serta kerjasama dari pihak Jawatankuasa Masjid As-Siddiq, SIDEC yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri.

Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan di IKBN Seri Iskandar yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan kakitangan dan pelajar.Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bagi memeriahkan program ini berlangsung.

Aktiviti ini bermula pada pukul 9.30 pagi dengan kaum wanita mengupas bawang, ubi kentang dan memotong sayur-sayuran sebagai bahan masakan, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan serta tempat memasak. Program ini turut disertai 70 orang pegawai dan pelajar bagi menjayakan program tersebut.

Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh staf dan pelajar. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada ahli qariah masjid dan orang ramai bermula pada pukul  5.00 petang sehingga majlis berbuka puasa

Read 907 times
 
Find us on Facebook
Follow Us