Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 26 May 2019 11:42

SEMAI BUDAYA GOTONG ROYONG DALAM PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KINARUT

Written by

 

 

SEMAI BUDAYA GOTONG ROYONG DALAM PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT – Program Impak ILKBS @ Komuniti kali ini dijalankan di IKBN Kinarut dengan aktiviti yang bersesuaian dengan suasana bulan Ramadan. Walaupun sedang berpuasa ianya tidak menghalang para pelajar IKBN Kinarut menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dengan pendekatan secara bergotong-royong.

 

Dalam program kali ini para pelajar terlibat dalam aktiviti persediaan Dewan untuk venue program Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana, bergotong-royong menyediakan bubur kacang untuk hidangan majlis selain disumbangkan kepada penghuni Rumah warga Tua St. Pritchard, Kinarut dan pengguna-pengguna Jalan Limau-Limauan, Kinarut.

 

Sebelum majlis Khatam Al Quran bermula, peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari kalangan pelajar yang mengambil bidang kemahiran muzik dan vokal mengadakan persembahan selingan lagu-lagu Dakwah menerusi segmen “Showcase ARPRM”.

 

Selain itu para pelajar juga menyantuni tetamu khas dari rumah anak Yatim As Sakinah dalam majlis Iftar Perdana yang turut dihadiri oleh kakitangan IKBN Kinarut dan keluarga mereka. Kehadiran dianggarkan seramai 350 orang dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah , Timbalan-timbalan Pengarah serta Ketua-ketua Jabatan.