Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 24 May 2019 16:40

PROGRAM IHYA RAMADHAN SIRI 3 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 27 MEI 2019 – Program Ihya Ramadan 2019 telah berlangsung pada 24 Mei 2019 jam 10.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah disamping dapat memberikan kesedaran, pengajaran dan dapat meningkatkan serta membudayakan penghayatan Ramadhan selain dapat mengeratkan lagi ukhwah antara warga staf. 

Seorang penceramah jemputan dijemput bagi pengisian rohaniah pada sepanjang program berlangsung bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dimulai dengan bacaan Surah Yaasin dan disusuli dengan ceramah mengenai kelebihan berpuasa di bulan ramadhan. Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan dan para pelajar muslim.

Program Tazkirah yang diadakan adalah sebagai satu wadah memberi penjelasan dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

Semoga program yang dilaksanakan tidak hanya dijadikan budaya tetapi perlu dihayati bersungguh-sungguh dengan seikhlas hati. Ia juga diharapkan dapat memupuk semangat saling hormat-menghormati dan saling berlapang dada sesama warga staf

Read 1315 times
 
Find us on Facebook
Follow Us