Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 31 May 2019 08:53

PROGRAM INFAQ RAMADHAN PERINGKAT IKBN PERETAK

Written by @ya
Rate this item
(0 votes)

INFAQ

IKBN Peretak, 25 Mei 2019 - Sebanyak 26 rumah golongan asnaf serta 2 Madrasah Anak Yatim & Asnaf sekitar Kuala Kubu Bharu & Hulu Selangor menerima sumbangan di bawah Program Infaq Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak pada 24 hingga 25 Mei 2019. Antara madrasah yang menerima sumbangan adalah Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah dan Pondok Mahfuzah Ulu Yam.

Program yang dianjurkan sejak tahun lepas ini telah menerima kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak terutamanya oleh semua pegawai IKBN dan juga sumbangan persendirian oleh pihak luar. Kutipan dana dan barangan telah dimulakan seawal 1 Ramadhan yang lepas melalui hebahan di media sosial, seperti aplikasi WhatsApp, Facebook serta media cetak iaitu Sinar Harian Negeri Selangor.

Antara barangan sumbangan program Infaq ini adalah seperti beras, bihun, minyak masak, gula, tepung, susu, kordial, garam & ketupat mini. Serahan barang keperluan infaq ini telah diserahkan sendiri oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff kepada keluarga asnaf yang berada di sekitar Kuala Kubu Bharu selain serahan yang dilakukan oleh Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Pn. Noor Azah binti Ali@Ahmad dan En. Shahdan bin Zainal di sekitar Hulu Selangor.

Semoga program seumpama ini dapat berterusan disamping mendidik dan menjadi nadi penggerak kepada seluruh warga IKBN Peretak khususnya dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan di luar sana yang memerlukan bantuan pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh: Unit Hal Ehwal Islam, HEP

Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

Read 633 times Last modified on Jumaat, 31 May 2019 09:00
 
Find us on Facebook
Follow Us