Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 31 May 2019 09:00

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA PERINGKAT IKBN PERETAK

Written by @ya
Rate this item
(0 votes)

BUKAPUASA

IKBN Peretak, 28 Mei 2019 - Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat IKBN Peretak telah dihadiri oleh YB. Encik Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) di Kementerian Belia dan Sukan iaitu Dato Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof yang telah disambut oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri Binti Md Shariff telah berlangsung di Dewan DAHA IKBN Peretak bermula jam 5.00 petang.

 

Antara pengisian program adalah ucapan alu-aluan oleh Pengarah IKBN Peretak, ucapan oleh YB. Encik Steven, persembahan nasyid dari pemenang Johan dan tempat ketiga bagi Karnival Kesenian Islam peringkat IKBN Peretak yang telah berlangsung pada 10 Mei lalu. Penyampaian cenderahati kepada pembimbing dan peserta tadarus Al Quran turut di sampaikan oleh Ketua Pengarah, Dato Dr Hajah Wasitah binti Mohd Yusof.

 

Selain itu juga, YB. Encik Steven turut menyampaikan sumbangan dan duit raya. Tabung Infaq yang telah dilancarkan sebelum ini akan disampaikan kepada penerima-penerima terpilih iaitu 5 keluarga terpilih terdiri daripada keluarga asnaf. Penyampaian sumbangan duit raya kepada 42 anak yatim di kalangan pelajar IKBN dan 22 anak yatim dan asnaf dari Pusat Dar Asnaf Al Fateeh Al Idrisiah Ulu Yam, Batang Kali.

 

Acara kemuncak apabila tiba waktu maghrib dimana semua hadirin menjamu selera sambil menonton video Program Ihya Ramadhan peringkat IKBN Peretak yang telah diadakan di sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan 11 program.

 

Selepas selesai berbuka puasa, para tetamu yang beragama islam bersama para pegawai dan pelajar bergerak ke Surau Nur Salam untuk menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah.

Disediakan oleh: JK Dokumentasi Majlis Berbuka Puasa Perdana IKBN Peretak

Disunting oleh: Rohaya Binti Mamat

Read 290 times Last modified on Jumaat, 31 May 2019 09:05
 
Find us on Facebook
Follow Us