Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 31 May 2019 10:27

JOB ORDER ‘TEMPAHAN KAD HARI RAYA’

Written by @ya
Rate this item
(0 votes)

kad raya

IKBN PERETAK, 31 Mei 2019 – Job Order ‘Tempahan Kad Hari Raya’ anjuran Jabatan Pengajian Umum telah dilaksanakan pada 30 Mei 2019. Sebanyak 85 tempahan telah diterima daripada warga IKBN Peretak dengan kadar harga RM 2.00 sekeping. Penyerahan produk yang ditempah dihantar pada 30 Mei 2019 sebelum para pelajar dan pegawai IKBN Peretak pulang ke kampung halaman untuk bercuti sempena hari raya. Tujuan “Kad Raya” ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat Hari Raya melalui cara tradisional.

 

Segala tenaga, usaha dan kreativiti dalam pelaksanaan kad raya telah dilakukan sendiri oleh para pegawai di Jabatan Pengajian Umum iaitu Pn. Gokillavhani, Pn.Rohaya, Pn. Asyikin dan En.Hardev. Kami di Jabatan Pengajian Umum ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga IKBN Peretak yang telah menjayakan Job Order kami. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua yang meraikannya. Pandulah dengan cermat dan ingatkan orang tersayang.

Disediakan oleh: En. Hardev Singh Sokhal

Disunting oleh: Pn. Rohaya Binti Mamat

Read 294 times Last modified on Jumaat, 31 May 2019 10:30
 
Find us on Facebook
Follow Us