Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 June 2019 15:00

Majlis Penyerahan Kereta Sumbangan Kumpulan Syarikat NAZA kepada Kementerian Belia Dan Sukan

Written by
Rate this item
(0 votes)

DUSUN TUA, 20 Jun 2019- Satu Majlis Penyerahan Kereta Sumbangan Kumpulan Syarikat NAZA kepada Kementerian Belia Dan Sukan telah berlangsung di IKTBN Dusun Tua, pagi tadi.

Dalam majlis tersebut Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong mewakili KBS telah menerima replika kunci dari Pengurus Besar Pemasaran Naza Kia, Mohd Irhas Zamani sambil di saksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, Dr. Ir. Azmi bin Ahmad dan Pengarah IKTBN Dusun Tua, Puan Dalila Saringat.

Sumbangan kereta tersebut akan bertindak sebagai alat latihan dan pembelajaran bagi peserta bertuah IKTBN Dusun Tua, Mohamad Ridzuan Wahid yang bakal mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition (WSC) 2019, Kazan Rusia pada Ogos ini.


#YouthPower #TeamKBS #wowILKBS

Read 2514 times Last modified on Khamis, 20 June 2019 15:06
 
Find us on Facebook
Follow Us