Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 28 June 2019 11:08

SAMBUTAN AIDILFITRI DAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG IKTBN SEPANG 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 27 JUN 2019 - Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang serta Sambutan Aidilfitri IKTBN Sepang 2019 telah diadakan jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seri Nilam IKTBN Sepang.

 

Majlis ini bagi meraikan pelajar cemerlang, pertukaran En Ubendran a/l Velaisham, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ke SMK Alma, Pulau Pinang dan persaraan kakitangan iaitu En. Abd. Rahman bin Mohd Elah, Pemandu Kenderaan.

Bagi Anugerah Dekan UTM (program kerjasama) , seramai 4 orang pelajar menerima sijil kecermelangan ; Mohamad Raziqin B. Mohd Tajuddin, Muhammad Jalil B. Mohammad Anip, Noor Afizul B. Noor Azlan Dan Hafizul Hakim B. Noor Fiah.

Anugerah kecermelangan akademik & kokurikulum jabatan pula terdiri 5 orang pelajar setiap jabatan menerima sijil & pen; Mohd Fitri B. Zulkiludin (JMS), Muhammad Zharif B. Rosman (JTE), Muhammad Zulfadli B. Samit (JMT) dan Tan Wei Yan (JMP).

Tan Wei Yan pelajar jurusan pemesinan dari Jabatan Teknologi Pemesinan telah dinobatkan Anugerah Terbaik Keseluruhan IKTBN Sepang. Beliau menerima sijil, jam tangan serta saguhati.

Majlis turut diseri dengan kehadiran presiden alumni IKTBN Sepang, ibubapa pelajar cermelang, bekas kakitangan serta kakitangan memenuhi ruang dewan. Pelbagai jenis hidangan telah disajikan kepada para jemputan dengan mengadakan ruang tapak juadah bagi mewakili setiap jabatan dan bahagian.

Hadiah telah disampaikan oleh En Hairul Riduan B. Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, IKTBN Sepang kepada persaraan kakitangan dan pelajar.

Read 1700 times Last modified on Isnin, 01 July 2019 14:48
 
Find us on Facebook
Follow Us