Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 27 June 2019 12:23

INSITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG RAIH NAIB JOHAN DAN PINGAT PERAK DI ComPEx2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 27 JUN 2019 - Penyertaan pelajar dan pengajar Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang di dalam pertandingan Competition, Presentation & Exhibition (ComPEx2019) berjaya meraih beberapa anugerah. Projek bertajuk S@FE yang diwakili oleh dua orang pelajar iaitu Raju a/l Raja dan Kuga a/l Kesavan ini telah berjaya mencapai pingat perak. Selain itu, projek ini turut dinobatkan sebagai Naib Johan dengan diwakili oleh Encik Thinakaran a/l Narayanan bagi Pertandingan Bicara Tuntas Kategori Pensyarah.

Pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai ini telah berlangsung dari 25-27 Jun 2019. Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan kepada institut apabila mereka turut bersaing dengan penyertaan dari pelbagai agensi antaranya IPG, IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan pelbagai lagi. Melalui tema Inovasi Penjana Transformasi Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 telah memberi peluang kepada institut untuk mengetengahkan projek inovasi institut di peringkat kebangsaan. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua warga institut untuk meraih kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.

Read 1495 times Last modified on Isnin, 01 July 2019 12:28
 
Find us on Facebook
Follow Us