Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 11 June 2019 15:49

SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019 IKBN SERI ISKANDAR MERIAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 11 JUN 2019 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan IKBN Seri Iskandar ini merupakan aktiviti tahunan yang di nanti-nantikan pada bulan Syawal ini. Seperti kebiasaannya setiap unit/bahagian dan jabatan diminta membuka gerai-gerai juadah dan dibahagikan mengikut menu hidangan yang ditetapkan.

Antara menu hidangan yang terdapat pada jamuan hari raya pada tahun ini adalah Bubur ( CPFA/CPKK /CPHI ), Air Minuman buah-buahan ( JPU ), Nasi Empit ( JTRM ), Mee Sup ( Pentadbiran), Cendol (JKTEE ) dan Nasi Tomato ( Dewan Makan ).

Sementara melayan kunjungan tetamu yang hadir daripada pelbagai Jabatan/Agensi, majlis diceriakan acara nyanyian dari kalangan warga IKBN Seri Iskandar di mana mendedangkan lagu-lagu hari raya. Disusuli dengan acara gerai terbaik sepanjang Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019. Juri adalah dari kalangan para jemputan yang hadir bagi memilih gerai yang terbaik dan keputusan akan diumumkan pada perhimpunan bulanan akan datang.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah tiba di penghujungnya terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini dan tidak lupa kepada Pengerusi KESKEB IKBN Seri Iskandar iaitu En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor dan AJK yang dilantik diatas penganjuran program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Read 743 times
 
Find us on Facebook
Follow Us