Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 22 June 2019 17:15

KARNIVAL SUKAN DALAMAN IKBN SERI ISKANDAR DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 22 JUN 2019  – Lebih 300 orang khususnya pelajar dan staf membanjiri Dataran Astaka, IKBN Seri Iskandar sempena KARNIVAL Sukan Dalaman 2019.

Karnival sehari anjuran Bahagia Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Karnival Sukan Dalaman IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 22 Jun 2019 jam 08.00 pagi bertempat di Dataran Astaka.

Objektif utama karnival sukan ini diadakan di mana ianya membawa idea perpaduan menerusi sukan dalam merealisasikan Malaysia sebagai negara bersukan. Program sukan santai ini merangkumi aktiviti kecergasan dan  pertandingan sukan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Ping Pong Pasukan Campuran, Bola Tampar Campuran, Bola Jaring Campuran Dan Tarik Tali. Selain itu, turut berlangsung aktiviti senaman kecergasan aerobicthon

Perasmian karnival disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar En. Md. Isa Bin Ibrahim. Dalam karnival sukan ini para pelajar dan staf dibahagikan kepada empat(4) kumpulan di mana pihak pengurusan tertinggi IKBN Seri Iskandar mewakili rumah masing-masing iaitu Rumah Kuning diwakili oleh Tuan Pengarah, En. Md. Isa Bin Ibrahim, Rumah Merah diwakili oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengursan Latihan En. Amir-Kahrul Bin Daud, Rumah Biru diwakili oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar En. A Raman Bin Musbah dan Rumah Hijau diwakili oleh Ketua Pentadbiran Dan Kewangan Pn. Sharimah Bt Ahmad.

Pada majlis penutup, En. Md. Isa Bin Ibrahim menyampaikan hadiah dan hamper kepada para pemenang mengikut acara dipertandingkan. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Hijau di mana memperolehi 2 pingat emas dalam acara Tarik Tali, dan Ping Pong Campuran yang membawa Piala Pusingan Pengarah IKBN Seri Iskandar dan hamper kejuaraan. Rumah Sukan terbaik telah dimenangi oleh rumah merah yang membawa tema Red Warriors.

Read 856 times Last modified on Isnin, 01 July 2019 17:17
 
Find us on Facebook
Follow Us