Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 June 2019 17:20

PERSEDIAAN ATLET RUMAH SUKAN DALAM KARNIVAL SUKAN DALAMAN IKBN SERI ISKANDAR 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 20 JUN 2019 – Seluruh pelajar dan staf giat menjalani latihan pusat secara intensif dibawah pengendalian jurulatih rumah masing-masing bagi menghadapi Karnival Sukan Dalaman IKBN Seri Iskandar yang akan diadakan pada 22 Jun 2019. Latihan sukan ini diadakan pada 20 Jun 2019 pada jam 08.00 pagi bertempat di gelanggang sukan mengikut acara dipertandingkan.

Objektif utama latihan sukan ini diadakan adalah sebagai acara yang mementingkan tahap kecergasan fizikal yang tinggi di mana ketangkasan, daya tahan kardiovaskulat, daya tahan otot dan kepantasan adalah merupakan komponen utama bagi program latihan yang bersistematik sangat diperlukan serta persediaan dalam acara yang disertai.

Latihan sukan ini berlangsung selama sehari bermula jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang bagi pemilihan atlet yang terbaik untuk mewakili rumah sukan masing-masing dalam semua acara yang dipertandingkan. Acara sukan yang dipertandingkan ialah Ping Pong Campuran Pasukan, Bola Jaring Campuran, Tarik Tali Dan Bola Tampar Campuran.

Selain daripada itu, pihak penganjur juga mengadakan pertandingan hiasan rumah sukan terbaik bagi memeriahkan lagi suasana Karnival sukan tersebut. Bermacam bentuk dan rupa mengikut tema rumah sukan masing-masing yang akan membawa semangat juang para atlet dalam karnival sukan ini. 

Read 311 times
 
Find us on Facebook
Follow Us