Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 15 June 2019 17:31

KURSUS ASAS ROBOTIK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 15 JUN 2019 - Program ini merupakan satu aktiviti pengenalan budaya robotik daripada Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. Kursus ini telah diadakan pada 15 Jun 2019 jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang bertempat di Makmal Komputer. Peserta kursus adalah dari kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar  seramai 30 orang pelajar dalam pengenalan asas robotik. Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang robotik iaitu Pn. Zamzarina Bt Osman dan dibantu oleh En. Mohmad Khairi B. Abdul Rahman.

Objektif kursus ini dijalankan adalah pengenalan konsep dan teknologi robotik kepada pelajar merupakan program yang akan dilaksanakan anjuran Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektronik Elektrik. Melalui program tersebut, pihak kami ingin menyediakan generasi yang akan datang untuk menempuh cabaran abad 21 yang lebih mementingkan ilmu-ilmu saintifik dan kemahiran teknikal.

Dengan program tersebut, kami turut ingin melahirkan pemimpin yang akan datang supaya mereka dilengkapkan dengan kemahiran. Selain itu pengunaan robot dalam pendidikan dapat menggubah sikap pelajar untuk belajar dan pelajar akan menjadi lebih aktif untuk mencari ilmu jika berbanding dengan cara pendidikan sekarang yang biasanya, pelajar adalah pasif.

Oleh itu, dengan adanya kursus ini, bahawa kami dapat mendedahkan pelajar dengan kaedah pendidikan baharu melalui pengunaan robotik

Read 997 times
 
Find us on Facebook
Follow Us