Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 03 July 2019 13:09

PENDAFTARAN PELAJAR BARU IKBN SEERI ISKANDAR SESI 2/2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 1 JULAI 2019 - Seramai  70 orang pelajar baru telah melaporkan diri ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2/2019. Majlis ini telah berlangsung pada 1 Julai 2019 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

Hari pendaftaran pelajar baru ini melibatkan tiga (4) jurusan iaitu Jurusan Elektrik Rendah, Multimedia Pengarangan, Elektrik PW2 dan Rangkaian Komputer. IKBN Seri Iskandar pada sesi 2/2019 tahun ini ditawarkan kekosongan tempat sebanyak 90 orang pelajar dan hanya 65 pelajar sahaja yang menghadirkan diri pada sesi pendaftaran tersebut yang melibatkan jumlah keseluruhan pelajar mengikut pecahan jurusan masing-masing iaitu Jurusan Elektrik Rendah 21 orang, Multimedia Pengarangan 18 orang, Elektrik PW2 orang dan Rangkaian Komputer 21 orang pelajar.

Sesi taklimat dan pengenalan Institut kepada para ibubapa dan pelajar baru telah diadakan di mana Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim telah menyampaikan amanat dan latar belakang institut. Turut hadir sama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik A. Raman Bin Musbah serta kakitangan memenuhi ruang dewan.

Menurut beliau, walaupun IKBN Seri Iskandar merupakan sebuah institut yang agak lama, namun IKBN Seri Iskandar tidak pernah sesekali berkompromi di dalam memastikan kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajarannya.

Tambah beliau lagi, IKBN Seri Iskandar mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Perspektif akademi yang menjadi kerangka kepada seluruh warga institut juga akan membantu dan mempertingkatkan potensi pelajar secara holistik yang mampu menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam, selari dengan visi dan misi institut. Kebertanggungjawaban pelajar baharu untuk menampilkan sikap dan budaya yang matang dan menjadi pewaris kesinambungan pembangunan negara kelak.

Read 1027 times
 
Find us on Facebook
Follow Us