Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 03 July 2019 13:11

MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU IKBN SERI ISKANDAR SESI 2/2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 3 JULAI 2019 – Seluruh IKTBN/IKBN Semalaysia diwarnai pelbagai ragam pelajar baharu yang mendaftar bagi pengajian di peringkat sijil dan diploma untuk sesi kemasukan 2/2019. Minggu ini pula hampir semua institut sedang menjalani minggu paradigma baru dan ada antaranya bakal memulakan sesi pengajian di jurusan masing-masing tidak lama lagi.

Minggu Paradigma ini dipegang sepenuhnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menentukan inti dan pengisian program. Ia program pertama pelajar sebaik selesai pendaftaran yang biasanya berlangsung selama satu minggu. Di IKBN Seri Iskandar ini, Minggu Paradigma ini bermula pada 1-6 Julai 2019 bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

Pada masa sama ia bertujuan memberi pendedahan serba sedikit berkenaan kehidupan di kampus termasuk persekitaran, kaedah pengajian, budaya dan aspek pembinaan sahsiah. Di samping persediaan menghindari pelajar daripada terjebak dengan kejutan budaya.

Minggu Paradigma dilihat penting bagi penuntut yang pertama kali melangkah ke gerbang alam baru kehidupan di kampus. Banyak perbezaan yang perlu ditempuhi penuntut baharu dalam mengharungi perjalanan bergelar pelajar. Menerusi minggu paradigma ini, pelajar didedahkan dan diperkenalkan dengan budaya kehidupan serta pembelajaran di kampus. Penuntut juga diperkenalkan dengan pengurusan tertinggi institut, peraturan dan etika sebagai seorang pelajar serta kemudahan yang disediakan di kampus untuk kegunaan atau dimanfaatkan,” katanya.

Malah di IKBN Seri Iskandar sendiri, minggu paradigm ini menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kebanyakan kemudahan yang disediakan. Bukan saja mahu memastikan IKBN Seri Iskandar sebagai kampus hijau yang kondusif untuk belajar, malah penggunaan ICT juga bertujuan menerapkan teknologi bestari dalam kehidupan penuntut di kampus.

Penyusunan program secara rapi dapat memberi manfaat kepada penuntut baharu mengadaptasi dengan cepat kehidupan di kampus. Pendedahan yang diberikan dapat memastikan penuntut mengakses segala kemudahan dan perkhidmatan disediakan dengan lancar sebaik mungkin.

Ia juga memastikan penuntut dapat membuat keputusan dan memilih kokurikulum yang sesuai dengan keperluan mereka. Pelajar baru perlu bersikap terbuka dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan baru di kampus. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang dinamik di institut memerlukan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan progresif.

Pihak institut sentiasa memastikan penuntut tidak duduk bersendirian dan mengasingkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan. Pelajar perlu bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan bersikap terbuka untuk bergaul tanpa mengira asal bangsa, agama dan negara asal.

Sistem pengajian di institut kemahiran berbeza dengan sekolah. Oleh itu, pelajar perlu cepat menyesuaikan diri dengan situasi baharu ini. Dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu bersedia serta bergerak seiring dengan agenda berkenaan.

Read 822 times
 
Find us on Facebook
Follow Us