Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 08 July 2019 09:47

Program Explorasi Minda

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN NAKA- Jabatan teknologi pertanian IKBN Naka melalui bengkel hasilan ikan dan bengkel pemprosesan produk bakeri dan pastri telah menjalankan program explorasi minda yang melibatkan dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, Jeniang dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang. Program Explorasi Minda ini yang dijalankan pada 01 hingga 03 Julai 2019 ini melibatkan seramai 27 orang dai SMK Batu 5 dan 26 orang dari SMK Sungai Tiang. Program ini diajar sendiri oleh 5 orang pengajar berpengalaman di jabatan teknologi pertanian IKBN Naka yang mana melibatkan 3 orang pengajar dari bengkel pemprosesan hasilan surimi dan 2 orang pengajar dari bengkel pemprosesan produk bakeri dan pastri. Selama 3 hari program ini dijalankan, para pelajar ini dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama seramai 13 orang pelajar dari SMK Batu 5 telah mempelajari kaedah penghasilan produk Otoshimi dan penghasilan keropok lekor rangup. Kumpulan kedua dari SMK batu 5 juga, serami 14 orang telah mempelari kaedah penghasilan produk bakeri dan pasti iaitu menghasilkan produk Blueberry Cheese Tart dan Pastry Puff, manakala kumpulan ketiga seramai 26 orang dari SMK Sungai Tiang telah mempelajari kaedah penghasilan aneka pizza.

Tujuan utama program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah adalah untuk membantu golongan pelajar menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan TVET umumnya dan dapat menambah ilmu pengeahuan dalam penghasilan produk hasilan surimi serta produk bakeri dan pastry khususnya. Dengan tamatnya proram ini, sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar sekolah menegah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang aliran kemahiran terutamanya dalam Pengeluaran makanan. Selainitu juga, program seumpama ini membantu mempromosikan IKBN Naka sendir supaya lebih dikenali.

Dengan berakhirnya kursus ini, IKBN percaya semua pelajar yang terlibat lebih bersemangat untuk mempelari bidang kemahiran setelah tamatnya pengajian di sekolah menegah. Pihak IKBN Naka juga berharap dapat terus menjalinkan serta mengadakan lebih banyak program seumpama ini dengan pihak sekolah SMK Batu 5 dan SMK Sungai Tiang, malah mengharap lebih banyak penglibatan dari sekolah sekitar yang ingin menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak IKBN. Program ini telah dirasmikan oleh tuan pengarah En. Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi. Turut hadir bersama semasa majlis perasmian adalah guru-guru pengiring dari dua buah sekolah tersebut, ketua-ketua jabatan serta ketua bahagian.

Read 756 times Last modified on Isnin, 08 July 2019 09:51
 
Find us on Facebook
Follow Us