Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 12 July 2019 16:22

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

raya19

IKBN Peretak, 21 Jun 2019 – Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di Dataran HEP IKBN Peretak. Turut serta dalam majlis ini adalah semua pegawai IKBN Peretak, pelajar dan kontraktor perkhidmatan IKBN Peretak.

Sambutan raya kali ini disambut meriah dengan kesungguhan para pelajar menyediakan photobooth dan hiasan gerai makanan. Disamping itu, pertandingan gerai terbaik, pakaian lelaki dan wanita bagi kategori pegawai dan pelajar turut diadakan bagi memeriahkan majlis serta menceriakan suasana hari raya.

Penganjuran majlis Sambutan Hari Raya seperti ini dapat mengeratkan hubungan yang lebih baik serta meningkatkan semangat kerjasama berpasukan di kalangan pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Peretak.

Disediakan oleh : Nor Salwah Binti Yaacob

Read 416 times
 
Find us on Facebook
Follow Us