Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 12 July 2019 16:27

MINGGU PARADIGMA BAGI SESI JULAI 2019 IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

MIPAR7 19

PERETAK, KUALA KUBU BHARU, 9 JULAI 2019 – IKBN Peretak telah melaksanakan Minggu Paradigma bagi sesi Julai 2019 melibatkan 85 orang pelajar baru, bermula 1 hingga 6 Julai 2019.

Objektif utama program anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Pelajar (MPP) IKBN Peretak ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru tentang misi, visi dan peraturan IKBN Peretak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran IKBN Peretak dan mewujudkan hubungan harmoni di kalangan pelajar. Pelbagai pengisian dan aktiviti bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang minggu paradigma. Antara aktiviti yang diadakan ialah Ceramah Kesihatan oleh Dr. Siti Sarah binti Saaey daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Slot Muhasabah Diri oleh Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

Selain daripada itu, Taklimat Alumni dan Ceramah Motivasi turut mendapat kerjasama dari Persatuan Alumni Peretak/ ILKBS serta Saudara Aminuddin bin Idris, Pengurus Akademi Jarum Terbang merangkap bekas pelajar Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki IKBN Peretak turut memberi ceramah motivasi kepada pelajar baru. Pelajar juga di minta untuk membuat persembahan Showcase Of Talent dalam bahasa Inggeris bagi memupuk minat serta mencintai bahasa Inggeris dengan slogan English For Fun.

Pada hari terakhir minggu paradigma, Penjelajahan Lasak telah diadakan dengan kerjasama Fasilitator Kem Bina Semangat Hulu Selangor yang mana pelajar perlu menempuh perjalanan sejauh 10 KM serta melakukan aktiviti Ikhtiar Hidup dan Kembara Air. Turut di adakan juga program Khidmat Masyarakat bagi menerapkan nilai murni pelajar baru kepada komuniti setempat di mana pelajar telah membersihkan Tanah Perkuburan Islam Paya Dalam – KKB Road serta melakukan aktiviti mengecat kawasan sekitar perkuburan. Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Puan Siti Muhariah binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, turut hadir bersama Pn. Suraya binti Sulaiman, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan En. Shahdan bin Zainal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar di Auditorium IKBN Peretak.

Adalah diharapkan minggu paradigma ini dapat membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran IKBN Peretak dan menjiwai setiap visi dan misi IKBN Peretak khasnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya.

Disediakan oleh              : Pn. Azini binti Ismail

Disunting oleh            : En. Shahdan bin Zainal

Read 921 times
 
Find us on Facebook
Follow Us