Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 22 July 2019 08:55

EKSPO KONVOKESYEN ILKBS KE-15

Written by
Rate this item
(0 votes)

PUTRAJAYA, 16 JULAI 2019 – Acara tahunan, konvokesyen ILKBS kali ke-15 diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah berlangsung pada 16 Julai 2019.

Ekspo Konvokesyen ILKBS 2019 turut diadakan bersempena Konvokesyen ILKBS yang bertempat di Level Concourse, PICC. Acara ekspo ini melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pemasangan komponen elektrik, menghias cupcake, vocable, spell it right dan gramaster, tawaran perkhidmatan kemahiran dan jualan produk hasil pelajar ILKBS. Pameran interaktif mencuba kemahiran, dan juga persembahan bakat pelajar ILKBS turut diadakan. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua telah diamanahkan sebagai Jawatankuasa Kerja Pengurusan Acara Ekspo dan telah menjayakan program tersebut dengan bantuan semua jawatankuasa lain yang terlibat.

Ekspo Konvokesyen ILKBS 2019 telah dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh Puan Ramona Binti Mohd Razali (Timbalan Ketua Setiausaha Strategik) bersama Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof (Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia) serta Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua.

Di sediakan Oleh:

Yogamurugan a/l Arumugam

Read 1970 times Last modified on Isnin, 22 July 2019 09:09
 
Find us on Facebook
Follow Us