Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 22 July 2019 09:53

TAKLIMAT KESEDARAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KEPADA WARGA IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 22 JULAI 2019 -  Unit Latihan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah mengadakan taklimat kesedaran amalan EKSA kepada semua pelajar dan warga kerja IKTBN Sepang bersempena Majlis Perhimpunan bagi bulan Julai 2019. Pelajar yang terlibat adalah dari Jabatan Mekanikal Perkakasan, Jabatan Mekanikal Pemesinan, Jabatan Mekanikal Senggaraan, Jabatan Teknologi Elektronik dan Jabatan Mekanikal Polimer. Jumlah seramai 485 orang yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja IKTBN Sepang telah menyertai taklimat tersebut.

Tujuan taklimat ini adalah untuk memaklumkan dan membuat hebahan kepada semua pelajar dan warga kerja IKTBN Sepang tentang amalan dan persijilan EKSA.Taklimat ini dapat memberi kesedaran dan semangat kepada semua pelajar untuk mengamalkan amalan EKSA di IKTBN Sepang dan juga semasa menjalani latihan industri di masa hadapan kelak. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahim Bin Hj Md Shariff selaku Timbalan Pengerusi EKSA di IKTBN Sepang.

Read 1127 times Last modified on Khamis, 25 July 2019 09:59
 
Find us on Facebook
Follow Us