Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 31 July 2019 08:06

PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN - WRAPPING VEHICLE TECHNOLOGY

Written by
Rate this item
(0 votes)

ppkcat

KUALA PERLIS, 26hb Julai 2019: IKBN Kuala Perlis selaku tuan rumah bersama dengan KFA Automotive Consultant telah menganjurkan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) – Kursus Wrapping Vehicle Technology bermula dari 23hb – 25hb Julai 2019 yang mana melibatkan para pengajar bidang Semburan Cat dari 6 ILKBS seluruh Malaysia. Antara ILKBS yang terlibat ialah IKBN K. Perlis, IKBN Miri, IKTBN Bachok, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Temerloh dan IKTBN Chembong yang mana setiap ILKBS telah menghantar 2 orang pengajar bagi mengikuti kursus tersebut.

Kursus tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya yang mana Pengarah IKBN K. Perlis, En Apui Jan telah merasmikan majlis penutup kursus tersebut. Diharapkan para pengajar yang terlibat mendapat manfaat daripada kursus tersebut dan ilmu yang diperoleh boleh dikongsi bersama dengan pengajar serta pelajar di ILKBS masing-masing. Pihak IKBN Kuala Perlis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan kursus ini.

Read 444 times
 
Find us on Facebook
Follow Us