Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 31 July 2019 12:40

INOVASI IKTBN SEPANG DI THE 6th MECHANICAL ENGINEERING RESEARCH DAY (MERD’19) UTEM, MELAKA

Written by
Rate this item
(0 votes)

MELAKA, 31 JULAI 2019 - Satu seminar dan pertandingan poster penyelidikan antarabangsa yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTEM MELAKA sempena MERD’19 (The 6th Mechanical Engineering Research Day) dengan kerjasama Sekolah Tinggi Bandung, Indonesia disertai oleh pegawai IKTBN Sepang iaitu En. Thinakaran a/l Narayanan, dengan membawa projek inovasi bertajuk The Effects of Filler Fiber Sizes on Mechanical and Fracture Morphology of Dried Banana Leaves Filled Recycled Polypropylene. Pertandingan ini disertai oleh seramai 201 penyelidik antrabangsa.

 

Sesi penjurian bagi pembentangan, pameran dan poster sedang berjalan. Seminar yang berlangsung selama satu hari ini juga akan diselitkan dengan sesi taklimat dari penceramah jemputan bertajuk Shape Memory Porous NiTi Alloy for Dental Screw (Uitm) dan Development of New Turboprop Aircraft N21 (STTB, Indonesia)

Sesi perasmian dan penutup akan dijadualkan pada jam 2.45 petang ini. Semoga beroleh kejayaan buat En. Thinakaran a/l Narayanan khususnya dan IKTBN Sepang amnya.

 

Laporan oleh:
Noorul Hidayah & Husli Asna
Penyelaras Penulisan Ilmiah & Penyelaras Inovasi

Read 1034 times Last modified on Rabu, 31 July 2019 12:55
 
Find us on Facebook
Follow Us