Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 02 August 2019 10:59

Kecemerlangan Pasukan Inovasi di Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET ’19) Peringkat Negeri Pahang

Written by
Rate this item
(1 Vote)

1 Ogos 2019 - Program Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET ’19) Peringkat Negeri Pahang kerjasama antara Kolej Komuniti Pahang bersama Kolej Vokasional Temerloh dan Kolej Vokasional Puteri Temerloh telah diadakan dengan melibatkan penyertaan bersama dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh. Sebagai salah satu Agensi TVET jemputan, IKTBN Temerloh telah menghantar penyertaan sebanyak 5 Pasukan Inovasi Pelajar bersama Penyelia bagi Kategori Pelajar di mana masing-masing dalam Kategori Aplikasi Harian manakala 2 orang pegawai telah menyertai Kategori Pendidik bagi kategori berasingan iaitu Kategori Aplikasi Harian dan Pengajaran Dan Pemudahcaraan.

Pertandingan yang bertemakan "Inculcating Infinite Innovative Ideas" ini melibatkan penyertaan sebanyak 43 kumpulan pelajar dan 34 kumpulan pendidik dari seluruh negeri Pahang bagi mengetengahkan produk inovasi dan rekacipta masing-masing. Sejurus keputusan diumumkan, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah berjaya memperolehi 2 Gold Medal, 1 Silver Medal dan 2 Bronze Medal bagi Kategori Pelajar. Bagi Kategori Pendidik, IKTBN Temerloh telah Berjaya memenangi 1 Gold Medal dan 1 Silver Medal. Kejayaan Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh terus diberi perhatian apabila menerima Award dan diumumkan sebagai JOHAN KATEGORI PELAJAR (Aplikasi Harian) dan JOHAN KATEGORI PENDIDIK (Pengajaran Dan Pemudahcaraan).

Kemuncak kejayaan berganda bagi Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh, adalah apabila dinobatkan dan sekaligus mengungguli HADIAH UTAMA iaitu JOHAN KESELURUHAN KATEGORI PELAJAR menerusi “Produk Adjustable Clutch Alignment Tool” yang diwakili pelajar Noor Aj Rran Bin Mohd Ali (DAR Semester 3), Muhammad Nur El Arif Bin Noor Alkhalidy (SJT Semester 2) dan Muhammad Kamal Iman Bin Ahmad Nizam (SJT Semester 2) seliaan Encik Mohd Shazly Farith Bin Ilias serta NAIB JOHAN KESELURUHAN KATEGORI PENDIDIK menerusi produk “Metal Round Arch Tool” yang diwakili oleh Encik Afzainizam Bin Abdul Aziz.

Menerusi kejayaan ini, telah terus membuktikan dan meletakkan Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh sebagai pasukan yang telah berjaya mengatasi pesaing-pesaing daripada institut latihan TVET lain yang bertanding dalam petandingan ini. TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pelajar dari pelbagai Jurusan Teknologi Kejuruteraan dan Jurusan Sukan Permotoran 4 Roda bersama pegawai dan penyelia sebagai peserta yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk komitmen dan kesungguhan selama persediaan sehingga berlangsung pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini dapat memberikan impak, dorongan dan membudayakan inovasi kepada semua pelajar dan warga IKTBN Temerloh.

Read 303 times Last modified on Sabtu, 24 August 2019 10:16
More in this category: « AKBM 2015
 
Find us on Facebook
Follow Us