KEMERIAHAN PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
KINARUT ; Pertandingan mewarna Kanak-Kanak dengan kerjasama daripada Taska Kreatif IKBN Kinarut telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan bakat dan potensi diri, meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri, memupuk semangat kerjasama guru-guru taska, kanak-kanak dan juga ibubapa dan memberi galakan dan pendedahan kepada kanak-kanak untuk terlibat dalam pertandingan.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Taska Didik Kreatif IKBN Kinarut bersama keluarga masing-masing.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut diiringi oleh Puan Anna Ong Teacher Taska Didik Kreatif IKBN Kinarut.