AKSI PERTARUNGAN BEYBLADE DI IKBN KINARUT
KINARUT ; Pertarungan hebat antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dalam permainan gasing moden ‘Beyblade’ Burst Challenge telah diadakan di perkarangan padang kawad, IKBN Kinarut.
Pertandingan ini dianjurkan bersempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 IKBN Kinarut dan bertujuan menggalakkan kanak-kanak bertanding secara kompetatif serta inisiatif yang baik yang membolehkan kanak-kanak bergaul mesra sesama rakan, berkenalan dan mengeratkan perhubungan sesama mereka.
Jeritan penyokong dan ibu bapa juga memeriahkan suasana pertandingan tersebut serta mendapat penglibatan yang memberangsangkan dari kanak-kanak dengan penyertaan 64 peserta dengan masing-masing membawa Beyblade mereka sendiri.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Himran Bin Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut kepada pemenang-pemenang pertandingan.