Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 05 August 2019 18:03

PROGRAM SAYANGI DESA

Written by
Rate this item
(0 votes)

desa

Sungai Tengi, 3 Ogos 2019 - Program Sayangi Desa anjuran Kerajaan Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Sg Tengi, Hulu Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Exco Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Seramai 11 orang pelajar dari IKBN Peretak telah menyertai pertandingan Battle Art mewakili MPKK Kuala Kubu Bharu.Sebanyak 6 pasukan menyertai pertandingan ini di mana kriteria pertandingan dikira dari segi keunikan persembahan, keaslian konsep dan persembahan prop dan lain-lain.

Kumpulan ‘Jiwa Murni’ nama diberi bagi peserta IKBN ini telah menerima hadiah saguhati. Kumpulan ini dibimbing oleh En Nuriman dari Kelab Kebudayaan dan Puan Suellen.

2 orang pelajar IKBN Peretak juga telah menyertai Pertandingan Master Chef iaitu Nur Syafiqah bt Zainon Ramli dan Ahmad Assil Bin Nor Azmi dari jurusan Penyediaan Makanan Semester 4. Mereka telah diberi tugasan untuk memasak menu mengikut undian dimana menu Asam Tempoyak Ikan Talapia Padu bagi Nur Syafiqahmanakala Ahmad Assil dengan menu Ikan Talapia stim serba serabut.

Nur Syafiqah bt Zainon Ramli telah muncul sebagai juara dengan menewaskan 14 peserta lain serta memenangi wang tunai RM100 dan sijil penyertaan.

Semoga program ini dapat menjadi pendorong dan semangat untuk pelajar lain untuk menyertai pertandingan seperti ini.

Sumber : Puan Suellen binti Hj Muhamad Sharif

Pegawai Pengiring Program Sayangi Desa Daerah Hulu Selangor 

Read 543 times
 
Find us on Facebook
Follow Us