Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 05 August 2019 18:05

VISITING LECTURER - JABATAN PERSONAL

Written by
Rate this item
(0 votes)

VL JP

05 Ogos 2019 - Auditorium IKBN Peretak, Jabatan Personal telah mengadakan perjumpaan serta Taklimat Jabatan kepada pelajar semester 1 Jurusan Terapi Kecantikan di mana ia dimulakan dengan Sesi Pengenalan kepada pengajar-pengajar Jabatan Personal, taklimat Struktur Kurikulum dan penekanan peraturan pelajar di dalam bengkel. Taklimat disampaikan oleh Puan Syazana Binti Dzulkefli selaku Ketua Jabatan Personal.

Semasa taklimat tersebut, Jabatan Personal juga telah menjalankan 1 program Visiting Lecturer di mana ia melibatkan bekas pelajar tahun 2010 IKBN Peretak iaitu Puan Anis Suzana Binti Kamaruddin yang telah berjaya dan memiliki perniagaan sendiri. Beliau merupakan pemilik Salun Muslimah Sprint Cut Beauty. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi maklumat laluan kerjaya serta perkongsian ilmu keusahawanan kepada pelajar-pelajar Jabatan Personal.

Disediakan oleh : Puan Rosmalinda Binti Kamaazaman


Read 537 times
 
Find us on Facebook
Follow Us